KERTAS
KERJA
1.0
PENDAHULUAN
Pasukan Pancaragam Brass sekolah ini
telah ditubuhkan pada awal tahun 70an. Pada masa itu pasukan ini lebih
merupakan sebuah ‘military band’ di mana alat-alat muziknya
terdiri daripada alat drum, bag pipe dan alat-alat brass. Sehinggalah pada
tahun 2000, hanya beberapa alat didapati masih boleh digunakan iaitu 2 trumpet,
1 trombon, 1 euphonium, 2 clarinet, 6 snare drum dan sebuah bass drum.
Pada akhir tahun 2000, pihak sekolah telah
menerima peruntukan kewangan sebanyak RM 80 000 dari pihak kementerian untuk membeli
alat-alat muzik. Melalui peruntukan ini pihak sekolah telah menubuhkan sebuah
pasukan ‘Wind Orchestra SMSAH’ untuk pertandingan ‘Wind
Orchestra’ antara SBP yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,
Simpang Lima, pada tahun 2001. Dalam pertandingan yang julung kalinya disertai
oleh pasukan sekolah telah meraih Anugerah Perak dan berjaya memasuki
pertandigan akhir.
Pencapaian terbaik pasukan ‘Wind
Orchestra SMSAH’ setakat ini ialah mendapat Naib Johan pada tahun 2003
dan Johan dalam pertandingan Wind Orchestra antara SBP 2004 di Sekolah Dato’
Abdul Razak, Seremban. Walau bagaimanapun pencapaian ini amat sukar bagi kami
untuk kekalkan kerana hampir separuh daripada alat-alat yang digunakan dalam
pertandingan-pertandingan tersebut merupakan alat-alat yang dipinjam dari
sekolah lain.
Berbagai acara dan aktiviti telah dijalankan
oleh Pertubuhan Pancaragam SMSAH dalam usaha untuk mendapat sumbangan dari
pelbagai pihak dan setakat ini hasilnya amat mengecewakan.
2.0
TEMA
Mendedahkan ahli-ahli dengan kemahiran muzik
dan teknik yang lebih matang serta meningkatkan tahap persembahan.
3.0
TARIKH
4 April 2018
4.0
TEMPAT
Dataran Putrajaya
5.0
OBJEKTIF
5.1 Dapat mewujudkan sebuah pasukan wind
orkestra yang mantap.
5.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari
pendidikan muzik di sekolah dengan
lebih menyeluruh.
5.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran
bermain alat muzik dengan
lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.
5.4 Dapat mewujudkan ‘sekolah berwatak’
melalui pasukan wind orkestra.
5.5 Pihak sekolah tidak perlu lagi meminjam
alat muzik dari sekolah lain yang
boleh menimbulkan banyak masalah.
6.0
RASIONAL
6.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada
pelajar yang meminati
bidang muzik.
6.2 Melalui aktiviti pasukan wind orkestra
ini pastinya dapat mendisiplinkan
pelajar disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk
meningkatkan
pencapaian dalam bidang akedamik.
6.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar
melalui aktiviti-aktiviti seperti
membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan
menyertai pertandingan yang dianjurkan.
6.4 Pasukan Pancaragambrass SMSAH merupakan
satu-satunya pasukan yang
terdapat dalam Daerah Kubang Pasu dimana sering dijemput untuk majlis-
majlis dan upacara-upacara yang tertentu, jadi adalah wajar pasukan ini
diberi kelengkapan yang secukupnya untuk memberi khidmat yang terbaik.
7.0
AKTIVITI-AKTIVITI
7.1
Sepanjang tahun
7.11 Mesyuarat Agung dan Temu Duga Ahli Baru.
7.12 Menyambut Ahli Baru.
7.13 Memberi Persembahan di Rumah Orang Tua.
7.14 Teknik Pembelajaran Alat.
7.15 Pertandingan Brass Peringkat Sekolah.
7.16 Pesta Flora.
7.17 Konsert Wind Okestra.
7.18 Konsert Malam Aneka Ragam Sekolah.
7.19 Hari Sukan Sekolah.
7.110 Pertandingan Brass Antarabangsa.
7.111 Konsert Malam Aneka.
7.112 Formasi Brass.
7.113 Konsert Muzik.
7.114 Jamuan Besar.
7.115 Pertandingan Perarakan Hari
Kemerdekaan.
8.0
PERANCANGAN
8.1 Mewujudkan sebuah Pasukan Wind Orkestra
yang mempunyai ahli
sekurang-kurangnya 70 orang ahli.
8.2 Mewujudkan ‘Sekolah Berwatak’ melalui
‘Wind Orkestra’.
8.3 Menghasilkan sebuah pasukan Wind Orkestra
yang mantap sekurang-
kurangnya mendapat tempat yang terbaik dalam
pertandingan.
8.4 Melibatkan diri dalam Konsert Wind
Orkestra yang akan dianjurkan pada 4 April
2018.
9.0
ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN
BIL INSTRUMENT KUANTITI HARGA SEUNIT (RM)
JUMLAH(RM)
1 Yamaha Piccolo 1 3800 3800
2 Yamaha Flute 1 2200 2200
3 Yamaha Oboe. 1 7000 7000
4 Yamaha klarinet 6 2200 13200
5 Yamaha Bass klarinet 1 12000 12000
6 Yamaha French Horn 3 8000 24000
7 Yamaha Trombon 2 2600 5200
8 Yamaha Bass Trombon 1 6000 6000
9 Yamaha BBb Bass Tuba 2 20000 40000
10 Xylophone 1 12000 12000
JUMLAH 125 400
10.0
PENUTUP
bantuan dan kerjasama dari pihak tuan akan membantu pasukan Wind Orkestra sekolah memberi satu hasil yang diharapkan disamping memberi peluang khasnya kepada pelajar sekolah ini untuk menyertai satu aktiviti yang dapat membina peribadi pelajar bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Harapan kami juga, dengan adanya bantuan ini, Pasukan Wind Orkestra akan muncul sebagai sebuah pasukan yang dikagumi hingga ke peringkat antarabangsa.
A very useful information. Good work.
ReplyDeleteThank you
Delete